Wednesday, 10 May 2017

Sambal Belacan Asam Mangga

Assalamualaikum....



Sebut sambal belacan pastinya membuka selerakan. Walaupun lauk yang terhidang itu ala-ala kadar je.

Tapi disebabkan kerana sambal belacan.Memang membuka selera jadinya.Ditambah pula asam mangga.

Aduh..Mengugat selera bagi yang sedang berdiet.Tak tahan kita memandangnya..Menceceh air liur rasanya.

Tarra...inilah dia sambal belacan asam mangga yang saya buat.Gigih membuatnya.

Balik Kerja ,mandi solat Maghrib ...terus capai lesung batu.Maka terhasillah sambal belacan asam mangga ini.

Nak share resepi nie..Selamat mencuba ye..Jika tak sedap janganlah kecam akak.Tapi mustahil tak sedap sebab dah ada asam manggakan....

Resepinya....

15 ulas cili padi
2 ulas bawang kecik
Belacan secukupnya
Asam mangga yang siap dihiris secukupnya

Bahan-bahan diatas digoreng tanpa minyak dan ditumbuk sehingga lumat.Perasakan dengan sedikit garam dan gula dan sedikit perahan limau nipis...

Hati-hati keria menumbuk lada,bimbang terpercik dimata...

Selamat mencuba....

Wednesday, 8 February 2017

Pengalaman Menyertai Kelas Blog Bersama Puan Masayu Ahmad



Ilmu perlu di cari..
Ilmu perlu digali...
Begitulah ceritanya. Oleh kerana itulah, membuatkan saya terpanggil untuk menyertai kelas blog bersama Puan Masayu Ahmad.

Walaupun tak pernah bersua muka tapi terasa seperti sudah lama berkenalan dengan penulis yang berjiwa besar ini.

Maka dengan itulah bermulanya sessi "Tunjuk ajarku Sifu". Saya mengambil keputusan untuk menyertai kelas blog ini.

Ianya merupakan satu pengalaman baru bagi saya. Kebiasaannya hanya menyertai kelas offline. Kali ini tugasan diberikan secara online. Almaklumlah teknologi semakin canggih. Namun banyak manafaat yang boleh digunapakai dengan teknologi yang canggih ini.

Alhamdulillah, berjaya juga saya menghabiskan kelas ini sehingga ke hujungnya walaupun ada hari-harinya kekangan masa untuk menulis.

Namun, disebabkan minat di dalam dunia blogging ini. Halangan-halangan yang datang itu dapat diatasi.



Apa yang saya perolehi sepanjang kelas ini adalah setiap hari perlulah menulis. Peruntukan masa sekurang-kurangnya 10 minit untuk menulis. Dengan latihan inilah yang akan memahirkan kita di dalam bidang penulisan. Menulis itu tidak kira dimana saja dan idea itu muncul secara tiba-tiba. Dengan itu, sediakan kertas dan buku sentiasa supaya tidak tercicir idea yang muncul itu.

Selain itu, penulisan di blog adalah rakaman peristiwa-peristiwa semasa yang kita lalui setiap hari. Dengan penulisan ini, dapatlah kita merakamkan apa yang berlaku. Lantas ianya meninggalkan kenangan di dalam setiap yang terjadi.

Sememangnya banyak manafaat yang diperolehi sepanjang kelas ini. Puan Masayu juga membimbing dengan baik sekali. Bagi anda yang tercari-cari kelas blog yang banyak memberi pendedahan di dalam dunia blogging ini. Maka, letakkanlah Kelas blog bersama Puan Masayu sebagai pilihan utama.

Tiada penyesalan di dalam mencari ilmu. Ilmu itu adalah garapan pengalaman. 
Siapa sangka, satu hari nanti kita ini menjadi seorang penulis yang terkenal...Tiada salahnya untuk berangan dan memasang impian. Yang menjadi kesalahan apabila tidak mempunyai angan-angan ataupun impian.

Saturday, 28 January 2017

Menulis itu Satu Terapi



Dengan penulisan kita meluahkan rasa. Dengan penulisan juga kita menyampaikan maklumat. Itulah dia penulisan. Semenjak menulis di setiap hari. Pen dan buku nota seolah satu tarikan buat diri. Sedang menunggu lampu isyarat bertukar hijau pun masih boleh menulis. 

Ya, idea itu datang secara tiba-tiba. Jika tidak ditulis ianya akan hilang begitu saja. Rugi rasanya jika idea itu terbiar begitu saja. Idea itu adalah kurniaan Allah swt. Tanpa idea menjadikan kita semakin buntu. 

Setiap hari ada peristiwa yang kita alami. Samada sedih, gembira, suka, bahagia, kagum, terkesima dan kesangsian. Semuanya itu boleh ditulis dengan gaya penulisan yang tersendiri. Jika dahulu kita menulisnya di dalam diary. Namun, zaman serba canggih ini. Penulisan diary fizikal bertukar menjadi kepada penulisan diary digital iaitu blog.

Lihatlah berapa ramai blogger yang ada. Kesemuanya menulis secara online. Makanya, minat mereka juga adalah seiring dengan kita. Kita bukan keseorangan di dalam dunia blogger ini. Masih ada persamaan dengan insan-insan di luar sana.

Pilihan masih terletak ditangan kita. Menulis di dalam buku fizikal ataupun secara online. Sesungguhnya masa mengubah manusia. Menulis dan dikumpulkan menjadi koleksi. Lantas itulah dinamakan koleksi pengalaman yang dikongsi bersama pembaca.

Inilah dia dunia penulisan. Tidak pernah terhenti di sini. Menulis itu satu terapi buat diri dan juga yang membacanya. Andai sudah tiada lagi penulisan maka tiada lagilah pengalaman-pengalaman baru yang dilalui setiap hari.

Menulis dengan gaya tersendiri. Itulah kelebihan yang dimiliki buat kita semua. Dengan menulis ianya merupakan medium penyampaian rasa, informasi dan maklumat.

Terapi mudah bagi akal dan jiwa adalah penulisan.

Friday, 27 January 2017

Senyuman Semudah ABC



Apabila terpandangkan wajah yang mengukir senyuman. Seronok mata memandangnya. Sedap mata melihatnya. Sejuk hati dapat di rasakan.

Lebih-lebih lagi senyuman yang dilemparkan pada waktu pagi. Membuatkan rasa ceria sepanjang hari.

Susah hendak tersenyum.Jangan risau,saya punya cara.Untuk membuatkan anda tersenyum.

Anda cuma perlu gerakkan sedikit bibir ke kiri dan juga kanan. Maka di situlah akan terhasilnya senyuman.

Buat permulaan,senyuman itu mungkin ala-ala Kambing. Namun, lama kelamaan apabila sudah menjadi kebiasaan. Pasti senyuman tadi bertukar menjadi senyuman yang paling manis.

Nak lemparkan senyuman.Tak perlukan modal ataupun bayaran.Cuma cukuplah dengan adanya perasaan ikhlas untuk memberi.

Mungkin senyuman yang dilemparkan tadi mampu menyejukkan hati yang sedang panas membara kerana marah.

Siapa tahu juga,senyuman yang dilemparkan tadi mampu menceriakan hati yang gundah gulana.

Siapa sangka juga,dengan senyuman tadi membuatkan ada yang kecairan lantas jatuh hati apabila terpandangkan senyuman itu.

Jika senyuman itu seikhlas hati,pastinya ada pahala buat kita.Senyuman itu sedekah. Ya,ianya merupakan sedekah termurah dan termudah untuk dilakukan.

Senyumlah,senyumlah kerana ia menceriakan wajah dan mata yang melihat. Usah dipamerkan sebarang masalah pada wajah kerana ia tidak memberi makna pada kehidupan.

Senyumlah semanis gula kepada mereka yang berada disekeliling kita kerana disitulah terjalinnya ukhwah persaudaraan.

Masih belum tersenyum?Senyumlah sekarang juga....  

Pasaraya Yang Terdapat diSekitar Seremban


Semakin hari,semakin banyak pasaraya besar muncul di Seremban.Yang terbaru,pastinya Pasaraya Borong NSK. Setakat ini dua kali jugalah saya pergi.

Pertama sekali,pergi intai-intai.Survey-survey harga.Kali kedua pergi.Barulah membeli serba sedikit.

Yang diutamakan adalah susu buat anak-anak.Disebabkan ada promosi pembukaan.Dapatlah membeli susu Dugro dengan harga RM21.+++.Murahkan.

Cara saya apabila membeli barang-barang dapur ataupun kegunaan adalah suka membanding-bandingkan harga.Faham-faham ajelah.Harga barangan tak menentu. Ada yang mahal dan ada juga murah dengan promosi serta diskaun

Dari situlah dapat berjimat seringgit dua.

Setakat 2 kali pergi ke NSK Seremban ini,keadaannya penuh sesak.Parking hampir penuh.Ramai pelanggan berbangsa cina yang keluar membeli belah.

Mungkin disebabkan membeli barangan untuk persediaan perayaan mereka.

Bagi anda yang tercari-cari lokasi NSK ini.Letakknya diSeremban 2.Sekiranya anda tahu dimana letaknya Kilang Philips Morris dahulu.Disitulah tempatnya.

Sekiranya anda masih tidak tahu tempatnya.Gunakan saja waze,pasti anda menemuinya.

Disebabkan saya lebih suka membeli barangan di Pasaraya.Di sini saya sertakan nama-nama pasaraya yang terdapat di Seremban.

1) The Store
2) Mydin
3) Giant
4) Tecso
5) Jusco 

Nak dikatakan semua pasaraya sudah ada di Seremban ketika ini.Sediakan duit sajalah untuk pergi membeli-belah.

Itu saja setakat hari ini.Selamat membeli Beulah buat anda.

Wednesday, 25 January 2017

Hadiah Buat Suami



Sudah lama terniat nak memberikan hadiah untuk membelikan hadiah untuk En Suami. Tetapi tidak tahu dan tidak punya idea untuk belikan apakah jenis hadiah yang sesuai. 

Nak bertanya..Kesudahannya tak surprise pula nanti

Saya simpan dulu hasrat itu.Pendam dulu dalam hati. Sambil-sambil itu, bolehlah kumpul duit.

Pada suatu hari,saya terdengar En Suami berkata pada anak saya yang sulung. " Abah,nak beli jamlah kakak". 

Yes...dah dapat satu idea.Belikan jam untuk En Suami saya.Kita tunggu masa yang sesuai pula untuk membeli jam tersebut. Jika pergi beli bersama nanti tidak ada pula unsur-unsur surprise itu.

Maka,selepas balik kerja.Kita singgah berhenti di kedai jam di Giant, Senawang.Nasib baiklah banyak pilihan jam terdapat di kedai tersebut.Tokey kedai pun ramah mesra penguna.

Rambang mata dibuatnya melihat jam-jam yang terpamer dari dalam cermin.Cari punya cari.

Akhir sekali jumpa juga yang berkenan dihati.Talinya berwarna coklat,ada sedikit campuran warna hitam.Rasa-rasanya sesuai dengan tangan En Suami.

Setelah siap dibungkus,saya pun terus balik ke rumah.Buat seperti biasa, seperti tiada apa yang terjadi. Nak kecoh-kecoh nanti misi surprise,tak berjaya pula.

Setelah sahaja solat Maghrib,terus saja saya berikan hadiah tersebut pada En Suami.Nampak selamba je.Nak cover terperanjatlah tue.

Tetapi apabila melihatkan jam yang terdapat didalam kotak.Terus En Suami senyum gembira. Di ucapkannya terima kasih beserta ciuman.

Tiada yang paling seronok apabila melihatkan insan kesayangan kita gembira.Selesai  sudah misi Surprise buat En Suami.

Semoga Allah  memberikan saya Kesihatan yang baik dan rezeki yang baik. Agar dapat terus mengembirakan insan-insan kesayangan disekeliling saya. Amin...

Tuesday, 24 January 2017

Sepakat Membawa Berkat




Apabila sudah mempunyai kata sepakat.Sesuatu yang dirancang menjadi mudah.Keputusan yang diambil juga diatas persetujuan bersama.

Sepakat ketika bekerja berkumpulan menjadikan idea bertambah mantap.Semakin banyak inovasi boleh dilaksanakan dengan kata sepakat.Sekaligus mengeratkan persahabatan.

Mesyuarat dan perbincangan diadakan bagi mendapatkan kata sepakat.Setiap kita punyai idea.Dari situlah kita bincangkan idea yang ada.Seterusnya mencari kata sepakat.

Apa jua keadaan memerlukan kata sepakat.Dengan sepakat ia membuatkan kita bekerjasama dengan individu lain.Ianya juga mengajar kita  menjadi seorang yang bertimbang rasa.Tidak hanya memikirkan keputusan sendiri.

Carilah kata sepakat kerana hasilnya membawa muafakat.Lantas kerja menjadi berkat.Apabila kerja sudah berkat,semuanya menjadi mudah.Dengan Izin Allah swt.